SALAM PERMULAAN.
Blog yang baru saya hasilkan ini hanyalah sekadar ruang untuk saya kongsikan apa jua yang saya terima dalam beberapa tahun selaku penuntut dalam bidang yang berkisarkan jurusan kejuruteraan atau lebih spesifik lagi kejuruteraan awam. Biarpun saya bukanlah pelajar yang cemerlang dari segi akademik, namun tidak salah untuk saya kongsikan bersama sesiapa yang berminat dalam bidang yang menjadi pilihan saya semenjak di bangku sekolah lagi. Usia setahun jagung bukanlah penghalang bagi saya untuk menceritakan pahit manis dalam melalui zaman pengajian saya.Bukan mudah bagi saya untuk meneruskan perjuangan tatkala ada sahaja halangan yang menimpa tidak kiralah yang dapat dilihat ataupun tidak. Biarpun ilmu saya tidak semantap ilmu sahabat-sahabat saya yang lain, namun saya bercadang untuk menyimpannya dalam blog ini bagi panduan semua dan tidak lupa sebagai ulangkaji buat diri saya sendiri.
Saya akan usahakan supaya blog "jejak kejuruteraan awam" ini akan menjadi lebih teratur dengan pengkhususan yang terperinci bagi memudahkan pembacaan semua.
Andai ada sebarang kekurangan dan kesilapan dalam perkongsian saya, diharap sahabat pembaca dapat membantu saya memperbaikinya dengan menghubungi saya di facebook, (iqausen@yahoo.com.my).
Sekian sahaja pengenalan blog saya, agar apa yang saya kongsikan dapat dimanfaatkan bersama-sama...insya Allah.
No comments:
Post a Comment